skip to main | skip to sidebar

Pak Nasution Malaysia

First they ignore us, then they laugh at us, then they fight us and then we win

Thursday, November 5, 2009

Kelantan Haruslah Utamakan Rakyat Bukan Kerajaan PAS Negeri



Kerajaan Kelantan harus pentingkan rakyat, bukannya politik kerajaan PAS di negeri itu, kata ahli Parlimen Bebas Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali mengulas kenyataan Exco negeri, Datuk Husam Musa yang tidak mengiktiraf pemberian wang ehsan hasil pengeluaran minyak oleh kerajaan Pusat.


Katanya terpulang kerajaan negeri jika mahu terus membawa isu royalti itu ke mahkamah tetapi ianya bukan boleh diselesaikan dalam masa singkat.

Ibrahim percaya, Husam sebenarnya mahu wang itu diberikan terus kepada negeri supaya boleh mereka gunakan mengikut kehendak kerajaan PAS Kelantan.

“Bagi saya, elok duit itu (wang ehsan) diterima sekarang supaya rakyat cepat dapat faedah. Kalau nak tunggu royalti, kena tunggu kes itu menang dulu. Ini ambil masa tak tahu entah bila. Ibarat sakit, kita kena ikhtiar dulu sebelum dapat doktor pakar,” katanya kepada Agendadaily.

Beliau mengalu-alukan keputusan kerajaan Pusat memberikan wang ehsan pada Kelantan mulai 2010 seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat, Rabu.

“Rakyat Kelantan pasti gembira dan sambut baik keputusan ini. Sukanya ambo,” ujarnya.

Katanya, rakyat Kelantan yang terhimpit ekonomi akan dapat faedah melalui pemberian wang ehsan ini.

Ibrahim juga berharap wang berkenaan diurus tadbir dengan telus, menepati sasaran dan adil kepada semua rakyat Kelantan.

Bagaimanapun, Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan dalam respons awalnya tidak mengiktiraf pembayaran wang ehsan sebaliknya bertegas bahawa kerajaan negeri tetap menuntut pembayaran royalti.

Katanya di Kota Bharu, kerajaan negeri menimbang melantik panel peguam untuk mengkali tindakan membatalkan perjanjian dengan Petronas yang ditandatangani pada 1975.

“Kita juga akan kaji ambil unjuksi terhadap syarikat yang beroperasi di kawasan pengeluran pesisir Kelantan di mahkamah luar negera iaitu Amerika Syarikat dan Kanada,” katanya.

"Namun, kerajaan negeri tidak menutup pintu rundingan dan sedia berunding dengan Kerajaan Pusat," katanya pada sidang media di pejabatnya.-4/11/2009

Posted by Pak Nasution Malaysia at 9:15:00 PM

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

About Me

My photo
Shah Alam, Selangor, Malaysia
View my complete profile

Daulat Tuanku

Daulat Tuanku
Selangor Darul Ehsan

My commitment

I am a very strong supporter of 1Malaysia

Blog Archive

  • ►  2010 (1)
    • ►  January (1)
  • ▼  2009 (54)
    • ►  December (2)
    • ▼  November (1)
      • Kelantan Haruslah Utamakan Rakyat Bukan Kerajaan P...
    • ►  June (9)
    • ►  May (24)
    • ►  April (11)
    • ►  March (7)

Papers/Sites

  • Agendadaily
  • Berita
  • Bernama
  • Malaysiakini
  • NST
  • Sinchew
  • Star
  • Sun
  • Utusan