Saturday, April 4, 2009

Perjuangan diteruskan - Muhammad

28/03/2009


SEPERTI yang dibuktikan sebelum ini, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib bukanlah seorang pemimpin yang mengutamakan kepentingan individu.



Sebaliknya beliau yang tewas dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden UMNO semalam telah menunjukkan contoh terbaik dengan terus memberikan khidmat kepada parti.

Ketika ditemui wartawan, HERMAN HAMID, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu yang masih kelihatan kurang ceria berbanding kebiasaannya tetap tenang menjawab soalan biarpun memilih untuk menjawabnya secara ringkas.

Dalam pertemuan tersebut, Muhammad terus mengulangi komitmennya untuk berjuang dan berkhidmat untuk UMNO seperti dibuktikan ketika tewas dalam pemilihan sebelum ini.

UTUSAN: Bagaimana Tan Sri melihat keputusan semalam?
MUHAMMAD: Ya, saya terima keputusan yang dibuat perwakilan itu.

Adakah ia sudah dijangkakan di pihak Tan Sri?
Saya terima keputusan itu.

Adakah ada terdetik sebarang kekesalan?
Saya tiada apa nak dikesalkan.

Apakah Tan Sri menaruh harapan untuk dilantik ke sebarang jawatan selepas ini dan seterusnya apa perancangan politik selepas ini?
Itu saya serah kepada pucuk pimpinan. Saya mesti bantu seperti sebelum ini.

Secara keseluruhannya bagaimana Tan Sri melihat barisan yang diputuskan perwakilan semalam?
Saya ingat perwakilan telah membuat pilihan yang mereka fikir sesuai untuk meneruskan kepimpinan parti untuk tempoh tiga tahun akan datang.

No comments: